![[video] isteri usahawan ridzokumura, akiko okumura meninggal dunia](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/article/picture-1_48.png)
Foto: Instagram
Isteri usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura iaitu Akiko Okumura dilaporkan telah meninggal dunia pada Jumaat, hari ini.
Berita duka itu disahkan sendiri menerusi hantaran di media sosialnya milik Ridzuan atau nama sebenarnya Abdul Ridzuan Abdul Mutalib.
“Al-Fatihah untuk arwah isteri saya Akiko Okumura telah pergi meninggalkan saya dan anak saya selamanya,” tulisnya ringkas.
Dalam pada itu, berita itu turut mengejutkan rata-rata pengikut media sosial Ridzokumura berikutan mereka baharu sahaja melihat Akiko dalam siaran langsung malam tadi.
Setakat ini, masih belum ada sebarang pemberitahuan dari Ridzuan berhubung punca kematian isterinya.
Untuk rekod, Ridzokumura dan Akiko yang merupakan warga negara Jepun, mendirikan rumah tangga pada Februari 2009.
Pasangan itu telah dikurniakan seorang cahaya mata, Sky Taizo Okumura, yang baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-13 semalam.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.