Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Aktiviti Ziarah Pada Hari Raya Dibimbangi Akan Wujud Kluster Baharu

SOP Hari Raya Aidilfitri perlu diberi penekanan oleh pihak berkuasa
nura
05 May 2021, 04:16 PM

Penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Hari Raya Aidilfitri perlu diberi penekanan oleh pihak berkuasa dalam memastikan langkah mengawal penularan COVID-19 berjaya.

aktiviti ziarah pada hari raya dibimbangi akan wujud kluster baharu

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Prof Madya Dr Farhan Rusli, kebenaran aktiviti ziarah dibimbangi akan mewujudkan kluster baharu.

Malahan, beliau turut menegaskan bahawa orang ramai digesa untuk mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan tercetusnya kluster baharu akibat aktiviti sosial yang dibenarkan.

"Memandangkan kelonggaran sudah diberikan oleh kerajaan, justeru rakyat harus memastikan pematuhan SOP dilaksanakan sebaik-baiknya.

"Seandainya pematuhan SOP dipandang ringan, kemungkinan besar, orang yang akan dijangkiti adalah dalam kalangan ahli keluarga sendiri," kata beliau.

aktiviti ziarah pada hari raya dibimbangi akan wujud kluster baharu

Selain itu, bagi operasi perniagaan seperti Bazar Ramadan, Dr Farhan berpendapat bahawa ia boleh dilakukan secara pandu lalu bagi mengelakkan berlakunya penularan COVID-19 yang lebih membimbangkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Jika kita mendapat kawasan luar seperti di stadium, kemungkinan besar kita boleh buat bazar pandu lalu. Pengunjung boleh memasuki bazar dengan memandu atau hanya berjalan selain pengunjung juga hanya mengambil makanan yang telah disiap dan dibungkus,” katanya lagi.

Pada Selasa, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKP di enam daerah di Selangor (Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang) dan SOP Hari Raya Aidilfitri.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.