Baru-baru ini, satu kaji selidik menunjukkan Malaysia berada pada kedudukan ketiga di Asia Tenggara dengan jumlah individu bujang paling ramai selepas Filipina dan Brunei.

Menurut kaji selidik SeaAsia Stats, Malaysia mencatatkan individu bujang sebanyak 44.68 peratus.
“Individu bujang bermaksud seseorang belum berkahwin, bercerai, berpisah atau balu,” katanya.
Data tersebut jelas menunjukkan Malaysia berada di tempat ketiga paling ramai individu bujang.
Filipina berada pada tempat pertama individu bujang paling ramai iaitu 49 peratus, manakala Brunei pula mencatatkan sebanyak 44.9 peratus.
Selain itu, negara-negara lain seperti Kemboja (44.60 peratus), Myanmar (29 peratus), Thailand (23 peratus), Indonesia (22 peratus), Singapura (20 peratus), Laos (17 peratus), Vietnam (16 peratus) dan Timor-Leste (13 peratus).
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.