Seorang angkasawan Britain, Tim Peake berkongsi pihaknya ada menerima amaran tentang najis manusia yang terapung di sekitar Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Amaran itu dikeluarkan selepas seorang angkasawan menggunakan tandas di ISS.
Malah, angkasawan-angkasawan mendapat amaran tersebut menerusi fail kecil digital atau podcast Your Place Or Mine, Tim.
“Ada seorang kru (ISS) yang akan kekal tanpa nama membuang hajat (membuang air besar) pada suatu pagi dan berpatah balik dan tidak menemui sebarang bukti tentang urusannya di mana-mana.
“Malu kerana terpaksa memberitahu rakan-rakan kru supaya memantau (angkasa lepas sekitar ISS) jika ada sesuatu terapung di sekitar stesen angkasa lepas pagi itu yang tidak sepatutnya berlaku. Mereka juga tidak pernah menemuinya,” katanya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.