
Akibat teguran sinis dari Amalina Bakri, seorang pengguna Twitter terpaksa menyahaktifkan akaun miliknya.
Nur Amalina Che Bakri merupakan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2004 dan kini dia berkhidmat sebagai pakar bedah di London.
Seorang lelaki di Twitter telah membuat teguran sinis terhadap penampilan Amalina yang berbeza jika dibandingkan dengan penampilannya ketika dia menetap di Malaysia dahulu. "Rugi belajar jauh-jauh tapi jadi macam ni," tulis lelaki tersebut. Tetapi Amalina tidak mudah melatah malah dia memberikan jawapan yang jauh lebih pedas berbanding sindiran lelaki tersebut.

"Rugi ke? Saya melakukan dua pembedahan hari ini, seorang hampir mati dan seorang lagi hampir kehilangan kaki.
"Apa yang anda lakukan hari ini? Tonton video lucah?" tanya Amalina sinis.
Akibat malu kerana dimalukan oleh Amalina, lelaki itu telah menyahaktifkan akaun Twitternya. Netizen menyokong jawapan Amalina itu dan menyifatkan cara teguran lealki itu tidak sesuai dan tidak kena tempat.
"Menegur, menghina dan menyindir, adalah tiga perkara yang berbeza," tulis seorang pengguna Twitter, @dhiya_ma.
Sumber dari Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.