Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita menjadi mangsa buli jalanan di jalan Tapah-Cameron, Pahang sehingga kepalanya ditunjal pemandu lelaki terlibat.

Video berdurasi hampir satu minit itu mendapat perhatian warganet tentang tingkah laku dan tindakan lelaki yang tunjal kepala pemandu wanita itu.
Mangsa yang dikenali sebagai Mieya, 25, mendakwa dia trauma selepas dilontarkan kata-kata kesat dan ditunjal oleh lelaki itu.
Namun, wajarkah tindakan sebegitu dilakukan terhadap pemandu wanita itu meskipun cara pemanduan wanita itu didakwa mengundang bahaya?
Malah, amarah di jalan raya ini boleh menjadi teruk apabila ada kejadian pukul-memukul sehingga mendatangkan kecederaan, sama ada secara fizikal mahupun mental.
Pelbagai implikasi yang dapat dirungkaikan tetapi kejadian sebegini memberi kesan kepada kedua-dua belah pihak sehingga membabitkan tindakan oleh pihak polis.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.