Foto: Instagram
Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan atau lebih dikenali sebagai Amayan, mendedahkan minatnya untuk bergelar pelakon, khususnya dalam filem bergenre aksi dan gengster.
Menurut Amayan, 17, dia kurang gemar dunia nyanyian walaupun sering “dipaksa” oleh bapanya untuk mencuba.
“Saya memang tak suka menyanyi. Kalau nampak saya menyanyi, itu maknanya ayah yang suruh. Kalau diberi pilihan, saya lebih suka berlakon. Tapi saya hanya nak berlakon filem gengster, jangan suruh saya buat komedi. Saya nak nampak macho,” katanya.
Katanya lagi, minat itu timbul selepas menonton filem Blood Brothers: Bara Naga, di mana dia cukup kagum dengan watak Ghaz lakonan Sharnaaz Ahmad.
Selain itu, Amayan juga mengakui dia pernah teringin menyimpan jambang seperti idola tersebut, namun hajatnya tidak kesampaian kerana ibunya, *Datin Shahida*, kurang menggemarinya.
“Saya nak simpan jambang, tapi mak saya tak suka,” selorohnya.
Nama Amayan sejak kebelakangan ini sering menjadi perhatian netizen di media sosial kerana telatahnya membantu Aliff Syukri berniaga secara dalam talian. Walau begitu, Amayan jujur mengakui dia tidak berbakat dalam bidang perniagaan kosmetik.
“Kalau ikutkan, saya selalu termenung bila ayah suruh jual kosmetik. Saya tak pandai nak bercakap, cepat lupa, dan sebenarnya tak tahu banyak pasal produk,” jelasnya.
Tambahnya lagi, meskipun sering dipaksa mencuba pelbagai bidang termasuk nyanyian, pengacaraan dan memasak, dia sebenarnya lebih bercita-cita menjadi ahli perniagaan berjaya serta pemimpin yang mampu memberi impak kepada masyarakat.
“Saya mahu jadi ahli perniagaan dan pemimpin yang boleh bawa masyarakat ke hadapan,” katanya.
Sumber: HibGlam
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.