Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Anak Penjual Burger, Kilang Raih 11A

Editor
15 Mar 2018, 04:10 PM

anak penjual burger, kilang raih 11a

Keputusan SPM yang cukup membanggakan diperolehi oleh anak seorang pekerja kilang. Sebagai orang tua, ianya tentu lebih dari cukupnya. 

"Terima kasih Allah, ..hanya itu yang mampu diucapkan oleh Muhamad Amir Azizan, 18 apabila diumumkan antara seorang daripada 16 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al Irshad yang memperoleh keputusan cemerlang, semua A dalam SPM 2017.

Anak kepada seorang pekerja kilang itu berkata, tidak pernah terlintas di hatinya untuk meraih keputusan cemerlang seperti diumumkan kerana hanya berharap mendapat keputusan yang baik sahaja.

"Saya tidak tinggal di asrama dan hanya berulang alik dari rumah ke sekolah sehingga menyebabkan masa belajar tidak konsisten kerana kurang membuat ulang kaji.

"Namun, saya menumpukan perhatian penuh ketika pembelajaran dalam kelas selain turut mendapat bantuan daripada rakan-rakan sehingga membolehkan saya memperoleh keputusan seperti ini," katanya ketika ditemui di sekolahnya, di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, sokongan ibu, Azilawati Abdullah, 53, dan bapa, Azizan Dahman, 62, turut menjadi pencetus dan inspirasi terhadap kejayaannya.

anak penjual burger, kilang raih 11a

"Ibu dan ayah tidak pernah marah jika saya tidak belajar dan mendapat keputusan yang kurang memuaskan sebaliknya mereka terus menasihati dengan memberi pesanan yang membuatkan saya sedar daripada kealpaan," katanya.

Selain itu di Baling, seornag anak penjual burger juga berjaya meraih keputusan 11A dalam semua subjek yang diperolehinya. 

Mad Syukri Alias@Fazli Mohd Desa, 40, berkata, keputusan diperoleh anak sulungnya, Muhammad Zharif, 17, itu di luar jangkaan keluarga.

“Saya memang tak sangka langsung yang dia akan dapat 11A, sungguh saya ingatkan keputusannya biasa saja.

“Bila cikgu umum saja keputusan dalam dewan, saya, isteri dan mak yang hadir tak dapat tahan air mata daripada mengalir,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui di Dewan Utama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Baling, Batu 42, di sini hari ini.

Sementara itu, Muhammad Zharif berkata, keputusan 5A diperolehnya dalam percubaan SPM menjadi suntikan semangat untuk mendapatkan hasil lebih baik.

“Tak sangka keputusan hari ini, lepas percubaan, saya beri tumpuan lebih dalam mata pelajaran. Alhamdulillah usaha itu buahkan hasil,” katanya.

Sementara itu, Guru Kaunseling SMKA Baling,  Noor Azimah Muhammad Noor berkata, sekolah mensasarkan Zharif memperoleh keputusan 7A dan bukannya 11A.

“Berdasarkan keputusan akhir tahun Zharif, kita hanya sasarkan dia dapat 7A. Semua cikgu tak sangka dia dapat 11A,” katanya.

Kredit : BH Online dan Sinar Online.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us