
Foto: Agensi
Seorang ibu tergamak memukul dan menyimbah air panas kepada anak kandungnya hanya kerana terkencing di atas tilam.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Sidoarjo, Komisioner Pol Christian Tobing berkata, mangsa bagaimanapun mengalami kecederaan serius dan dirawat di hospital, sementara pelaku telah ditahan pihaknya.
Dalam pada itu, insiden penderaan terhadap kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun itu berlaku di Kecamatan Candi, Kabupaten Sidoarjo, Jawa Timur, Jakarta.
“Mangsa dipercayai terkencing di atas tilam, lantaran itu pelaku menjadi marah.
"Oleh itu pelaku menyimbah air panas ke kepala dan muka serta belakang mangsa sebanyak dua kali. Oleh kerana kepanasan, mangsa semakin menjerit dan menangis.
“Pelaku bertambah marah lantas menuang lagi air yang mendidih selain memukul belakang dan tangan anaknya menggunakan penyapu lantai keluli sehingga bengkok gara-gara mangsa menangis,” katanya kepada wartawan.
Walau bagaimanapun, kes ini kini dikendalikan oleh Unit Perlindungan Perempuan dan Anak Bahagian Siasatan Jenayah Polis Sidoarjo.
Pelaku telah dijatuhkan hukuman mengikut Pasal 80 ayat (2) dan/atau ayat (4) Undang-Undang Republik Indonesia Nombor 35 Tahun 2014 tentang Perubahan Undang-Undang Republik Indonesia Nombor 23 Tahun 2002 tentang Perlindungan Anak.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.