Seorang ibu di England naik berang apabila menemui serpihan topeng muka dalam nuget ayam yang dibelinya di sebuah restoran makanan segera.
Ini menyebabkan anak perempuannya tercekik ketika menikmati makanan segera tersebut. Laura Arber berusia 32 tahun mendapati topeng muka dalam 2 daripada 20 nuget yang dibelinya itu.
“Anak saya mula tersedak dan bila saya masukkan jari dalam mulutnya untuk mengeluarkan makanan dari kerongkongnya, saya dapati ada sesuatu berwarna biru,” katanya.
“Saya tak fikir pun ia adalah nuget tapi bila tengok dalam kotak nuget tersebut saya dapati ada banyak serpihan berwarna biru dalam ketulan nuget ayam yang lain.
“Ternyata ia dimasak bersama topeng muka. Ia jelas adalah topeng muka,” katanya.
Laura kemudian menghubungi restoran tersebut dan menjelaskan perkara yang berlaku. Seorang jurucakap restoran makanan itu menyatakan bahawa pihak mereka kesal dengan insiden dialami pelanggan tersebut.
“Keselematan makanan adalah keutamaan kami dan kami memberi penekanan bahawa kawalan kualiti mengikut standard yang ketat bagi mengelakkan sebarang isu.
“Berhubung dengan perkara itu, kami memohon maaf dan menawarkan bayaran balik dan meminta pelanggan untuk mengembalikan makanan itu unutk kami melakukan siasatan lanjut dan mengasingkan produk yang terjejas,” katanya.
Sumber: Mirror
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.