Setiap kali menjelang peperiksaan, pasti anak-anak akan menghadapi tekanan untuk menjawab peperiksaan, malah ibu dan bapa juga turut terkesan sama.
Tetapi, jangan pula kerana harapan yang kita letakkan pada anak, membuatkan kita kelam kabut sehingga kita lupa apa yang sepatutnya dilakukan di saat menjelang peperiksaan.
Jadi, apakah caranya untuk atasi tekanan dan stress anak-anak menjelang peperiksaan?
1. Bakar Semangat Anak-Anak Dengan Motivasi
Sebagai ibu bapa, kita mesti alert dan peka dengan emosi anak-anak, khususnya di musim peperiksaan ini. Emosi anak-anak ketika ini adalah sangat berbeza kerana ada yang murung, ada yang marah-marah dan ada yang sensitif.
Justeru, hadiahkan kata-kata semangat buat anak-anak dan jaga emosi anak-anak. Tak perlu pressure anak lebih-lebih sebelum menjelang peperiksaan. Jangan biarkan emosi anak-anak terganggu, agar mereka dapat memberi tumpuan atau fokus dalam ulangkaji menjelang peperiksaan ini.
2. Fokus Dengan Ulangkaji Bersama
Bila anak anda menduduki peperiksaan penting, secara tidak langsung semua ahli keluarga yang ada dalam rumah perlu memberikan kerjasama sepenuhnya. Hormati waktu ulangkaji anak-anak dan pastikan tiada seorang pun yang menonton TV, mendengar radio dan bermain.
Dengan cara ini, anak yang akan menjawab peperiksaan itu dapat merasakan perjuangannya dihargai.
3. Berikan Ganjaran Sebelum Dan Selepas Peperiksaan
Berikan ganjaran kepada usaha anak-anak supaya dia lebih menghargai penat lelahnya, misalnya belanja makan selepas ulangkaji, berikan hadiah berupa set persediaan peperiksaan dan lain-lain.
Tambah lagi, anak-anak yang dijanjikan ganjaran jika mendapat keputusan cemerlang pasti akan lebih bersemangat untuk mengulangkaji pelajaran dan menjawab peperiksaan dengan penuh berkobar-kobar. Ganjaran itu tidaklah semestinya dalam bentuk wang ringgit, tetapi boleh juga dalam bentuk percutian dan hadiah lain.
4. Sekali-Sekala, Luangkan Aktiviti Luar Bersama
Selepas seharian mengulangkaji pelajaran bersama anak-anak, apa kata anda ambil sedikit masa untuk lakukan aktiviti luar bersama. Bawa anak-anak ke tempat yang memberikan input berguna kepada mereka seperti Pusat Sains Negara dan Muzim Negara. Secara tidak langsung, mereka boleh berehat seketika sambil mengulangkaji pelajaran.
5. Sediakan Hidangan Berkhasiat Untuk Anak Anda
Sarapan adalah penting tanpa mengira usia. Tetapi bila musim peperiksaan ini, pasti ada anak-anak yang runsing lalu tidak berselera untuk bersarapan. Namun, tahukah anda perut kosong menyebabkan asid perut naik dan menggangu tumpuan anak-anak untuk mengulangkaji pelajaran di musim peperiksaan ni? Disebabkan itu, hidangan berkhasiat ketika sarapan itu penting untuk permulaan hari anak-anak sebelum dan semasa di hari peperiksaan.
Dengan secawan MILO® , anda boleh membekalkan kesemua nutrien penting yang anda dan anak-anak anda perlukan sepanjang hari!
Secawan MILO® mengandungi ACTIV-GO®, gabungan unik PROTOMALT®, vitamin dan mineral yang bertindak membebaskan tenaga daripada makanan dengan cekap dan mengurangkan keletihan untuk tenaga sepanjang hari.
Layari www.milo.com.my untuk maklumat lanjut!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.