Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Apakah Itu Hubungan Atau Pasangan Yang Toksik?

Pakar psikologi, Dr Seth Gillihan, berkongsi sedikit ciri-ciri hubungan yang toksik
Editor
04 Mar 2020, 11:00 AM

apakah itu hubungan atau pasangan yang toksik?

Tidak dinafikan, di dalam setiap hubungam, pasti ada naik dan turunnya. Pergaduhan tidak dapat dielakkan selama-lamanya. Walaupun begitu, terdapat perbezaan yang ketara di antara masalah perhubungan yang biasa dan hubungan yang toksik.

Pakar psikologi, Dr Seth Gillihan, berkongsi sedikit ciri-ciri hubungan yang toksik dan kita dapat sama-sama membuat refleksi diri dan perhubungan yang kita ada sekarang.

 
  1. Penderaan Emosi

Antara perbezaan yang paling ketara antara pergaduhan biasa dan sebuah hubungan yang toksik adalah wujudnya penderaan emosi. Mereka yang saling mencintai antara satu sama lain mungkin akan mengeluarkan kata-kata yang tidak sesuai di dalam kemarahan. Walaubagaimanapun, perkara ini adalah kejadian yang tidak kerap dan hanya berlaku ketika terdapat perkara penyebab.

Di dalam hubungan yang toksik, sesesorang itu mungkin akan selalu merendah-rendahkan pasangannya dan selalu mengkritiknya. Mangsa akan selalu menyalahkan diri sendiri ketika perkara ini berlaku dan memikirkan ianya sesuatu yang patut berlaku, walhal tidak benar sama sekali

 
  1. ‘Gaslighting’

Terma ‘gaslighting’ di sini membawa maksud perlakuan penderaan emosi yang membuatkan anda musykil dengan realiti diri anda sendiri. Sebagai contoh, untuk menyembunyikan kecurangan yang sedang dijalankan dengan orang lain, pasangan anda mengatakan anda paranoid atau suka ‘memikirkan benda yang bukan-bukan’.

Pasangan yang toksik akan membuatkan anda meragui perasaan anda sendiri melalui pelbagai cara. Mereka bijak memanipulasi keadaan supaya mereka berada pada pihak yang betul dan anda yang bersalah.

 
  1. Pengukuhan berkala

Secara ringkasnya, pengukuhan berkala bermaksud pelakuan positif yang sedikit seepas berkali-kali melakukan perkara yang negatif suoaya anda ‘menerima kembali’ mereka. Seringkali, pasangan yang toksik akan menyebabkan hidup anda sengsara. Walaubagaimanapun, di saat anda ingin meniggalkan hubungan tersebut mereka akan berubah wajah dan menunjukkan sikap yang positif dan anda akan termakan dengan pujuk rayu mereka.

Ini adalah antara corak manipulasi yang selalu dilihat di dalam hubungan yang toksik sehingga memudaratkan diri seseorang individu tersebut.

 
  1. Pemulauan

Berhati-hatilah dengan pasangan yang melarang anda daripada bergaul dengan orang-orang lain, termasuk kawan-kawan anda.Mereka akan cuba memanipulasi keadaan dengan memburukkan orang sekeliling anda di mata anda walhal tujuan utamanya adalah untuk mendapatkan kawalan terhadap hidup anda.

 
  1. Menghalang daripada menjadi diri sendiri

Sebuah hubungan yang sihat sepatutnya dapat menyerlahkan segala potensi dalam diri anda. Sekiranya anda berada dalam hubungan bersama orang yang cuba menghalang anda daripada menjadi diri anda, kemungkinan hubungan itu tidak baik untuk anda.

 

Sekiranya anda rasa anda berada di dalam hubungan bersama individu yang mungkin menunjukkan tabiat seperti di dalam situasi-situasi di atas, anda mungkin boleh menimbangkan untuk menamatkan hubungan tersebut. Ia bukan sesuatu yang mudah, namun anda perlu mengutamakan diri anda sendiri daripada orang lain. Kesihatan fizikal dan mental anda lebih berharga daripada mana-mana hubungan di dunia ini.

 

Sumber: WebMD

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us