
Makanan mee segera merupakan pilihan utama bagi murid-murid sekolah berasrama dan para bujang diluar sana ketika kelaparan di tengah malam. Ianya senang dan cepat untuk dimasak, dan sekarang ini ada beratus jenis dan jenama mee segera yang anda boleh pilih mengikut nafsu dan kehendak anda.
Seperti makanan yang diproses yang lain, mee segera mempunyai pengaruh yang kurang baik kepada kesihatan kita. Pemakanan yang berkala dan tidak melebih-lebih mungkin memeberikan kesan yang kurang daripada mereka yang menjadikannya rutin harian.
1. Kesan terhadap metabolisma badan
Jikalau anda menjadikan mee segera sebagai rutin harian anda. Ia akan menjejaskan metabolisma badan anda dek kerana toksin yang terdapat di dalam mee segera tersebut. Bahan bahan seperti pewarna makanan. Bahan pengawet dan perisa tambahan boleh menyebabkan risiko kepada terjejasnya kesihatan anda.
Dengan terjejasnya metabolisma badan anda, ia akan mengganggu dengan berat badan dan stamina anda.
2. Gangguan kepada sistem pencernaan
Mee segera didapati mengambil masa yang agak laam untuk dicernakan oleh perut kita. Masa yang lama ini boleh memeberi kesan kepada perut dan usus kita kerana organ tersebut terdedah dengan toksin yang ada di dlaam makanan tersebut pada tempoh yang lebih lama. Hal ini boleh menyebabkan organ dalaman kita untuk bekerja dengan lebih keras dan mungkin menyebabkan ketidakselesaan.
Bagi makanan lain, sekiranya mereka berada lama di dalam usus, nutrien didalamnya dapat diserap dengan lebioh banyak. Tetapi bagi meedsegera, ia tadak memepunyai kandungan nutrien yang banyak dan hanya menyumbatkan saluran makanan kita sahaja.
3. Kurang zat
Bagi mereka yang makan mee segera sebagai makanan harian, mereka berpotensi untuk mengalamai kesan kekurangan zat kerana ianya mengandungi kadar nutiren yang rendah. Hal ini boleh membawa kepada kesan seperti mudan pening-pening dan keloyaan, kelesuan dan kekurangan tenaga. Badan kita mememerlukan banyak vitamin untuk menjalankan urusan seharian seperti protein, kalsium, vitamin A, C, E, B, dan banyak lagi, dan anda tidak akan mendapatkannya dengan mee segera.
4. Kandungan sodium yang tinggi
Sepeket mee segera mengandungi 861 mg sodium atau natrium atau lebih! Ia datang dalam bentuk perasa dan garam yang terkandung di dalam peket tersebut. Pengambilan natrium yang berlebihan boleh mengundang penyakit seperti serangan jantung, tekanan darah tinggi, dan kerosakan buah pinggang.
Berikut adalah antarakeburukan daripda tabiat memakan mee segera secara rutin dan berlebihan. Tiada salahnya untuk memakan mee segera sekali sekala. Lagi-lagi ditambah dengan kesibukan kerja dan kehidupan harian terkadang kita tiada pilihan dan terpaksa menjadikan mee segera sebagai hidangan makan malam kita. Pengajaran di sini adalah jangan menjadikannya amlan harian anda!
Sumber: What De What
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.