Perkongsian dari Mutawwif Umrah iaiatu Ustaz Shauqi di halaman Facebooknya tentang kenyataan yang dibuat oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dimana mereka melarang untuk melawat kawasan tertentu kerana berlakunya aktiviti khurafat dan Jemaah sering terjatuh ketika mendaki kawasan berkenaan.
Ikuti perkongsian secara terperinci yang telah diterangkan oleh Ustaz Shauqi.
BERITA TERKINI - LARANGAN ZIARAH DI MEKAH DAN MADINAH. UNTUK MAKLUMAN JEMAAH DAN PENGENDALI UMRAH.
Pekeliling larangan ini secara rasmi dikeluarkan oleh Kementerian Haji Saudi kerana dikatakan ada jemaah negara-negara tertentu yang melakukan perkara bidaah di tempat-tempat tersebut.
في أماكن كمان ممنوع:
١-زيارة مزرعة التمور في المدينة.
٢-زيارة بني سعد ومسجد كوع ومسجد بن الداس في الطائف
٣-زيارة جبل الثور وجبل النور ومنها غار خراء في مكة
1. Ziarah Ladang kurma di madinah
2. Ziarah Bani Saad, Masjid Kuu’ dan Masjid Ibn Abbas di taif
3. Ziarah Jabal Tsur dan Jabal Nur termasuk Gua Hirak di Mekah
Sehari dua ni kecoh berita yang mengejutkan para pengendali umrah dan pembimbing jemaah di Tanah Suci. Keadaan dipersulitkan lagi apabila Muassasah akan menanggung denda sekiranya berlaku perlanggaran yang telah ditetapkan.
Walaupun beberapa lokasi lawatan masih dibenarkan pergi, tetapi kena buat tasrih (permit) bagi setiap tempat lawatan. Jika gagal tunjuk tasrih, maka kompaun akan dikeluarkan dan ditanggung oleh pihak Muassasah dan Agensi sebanyak SR5000. Jadi jumlah kompaun yang dikenakan adalah sebanyak SR10000. Banyak tu!
Buat masa ini untuk pergi ziarah ke tempat-tempat tersebut memang perlukan permit. Ziarah ke Kilang kiswah sebagai contoh kena bayar SR400. Nak masuk muzium Haramain kena tempah tasrih SR200. Taif, lagilah perlukan surat untuk masuk buat lawatan kena caj SR1000.
Semua ini sudah termasuk di dalam pakej. Cuma bila ada tempat-tempat ziarah wajib lepas ini akan memerlukan tasrih juga. Nampak gayanya permit tu nanti akan perlukan bayaran tertentu. Kita tunggu perintah seterusnya ya.
LARANG MENDAKI JABAL NUR DAN ZIARAH KE GUA HIRAK
Bermulai dari tarikh yang dikeluarkan dalam pekeliling tersebut, semua jemaah-jemaah umrah yang datang ke Mekah DILARANG untuk pergi mendaki Jabal Nur.
Sebab larangan ada 2 :
Pertama : Banyak berlaku bidaah dan kurafat
Kedua : Ada orang yang jatuh semasa mendaki bukit.
Kalau jemaah pergi juga dan ditangkap, Muassasah dan travel agensi yang keluarkan visa akan dikenakan hukuman. Pihak kementerian haji memohon supaya travel agensi sentiasa mengingatkan para jemaah supaya tidak memanjat Jabal Nur. Sekiranya berlaku, tindakan dan hukuman akan dikenakan pada travel agensi dan muassasah bukan pada jemaah.
Larangan dalam surat itu bagitahu kalau pergi panjat saja. Kalau pergi waktu pagi ketika program ziarah tak ada masalah. Jemaah masih melihat Jabal Nur yang 'kejauhan' dari dalam Bas. Larangannya cuma 'jangan panjat' je.
Apa pandangan anda? Komen sikit.
Share pemakluman ini kepada kawan-kawan supaya lebih ramai yang tahu. Sama-sama kita doakan semoga larangan ini bersifat sementara sahaja. Kesian kepada yang dah lama simpan hajat dan impian untuk melawat tempat-tempat bersejarah di Kota Mekah dan Madinah. Untunglah bagi yang dah sampai.
Begitulah.
Shauqi Hasan
Mutawif Rarecation Umrah





Sumber dari Facebook Ustaz Shauqi Hasan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.