Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

trending

Ardell dan Haikal Dirawat di Hospital Istanbul

ROSTAM, Mohamad Firdaus
06 Oct 2025, 11:09 AM

ardell dan haikal dirawat di hospital istanbulFoto: Tangkap layar Instagram

Dua aktivis Malaysia yang menyertai Misi Global Sumud Flotilla (GSF), Ardell Aryana dan Haikal Abdullah, telah dibawa ke sebuah hospital di Istanbul bagi mendapatkan rawatan lanjut hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Peguam Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Fahmi Abd Moin, ketika dihubungi media malam tadi.

Menurut Fahmi, kedua-dua aktivis tersebut antara yang menerima layanan kasar daripada tentera Zionis ketika ditahan.

“Ardell memaklumkan beliau mengalami tekanan darah rendah selepas insiden pemintasan. Semasa ditahan, rambutnya ditarik dan beliau turut ditumbuk di bahagian muka, menyebabkan keadaannya kini agak lemah.

“Haikal pula mendakwa tangannya dipijak oleh tentera Israel hingga beberapa jarinya cedera dan kini memerlukan rawatan lanjut,” jelasnya.

Selain mereka, beberapa aktivis Malaysia lain seperti PU Rahmat, Heliza dan Hazwani Helmi turut mengalami kekasaran yang sama, namun difahamkan mereka kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pemeriksaan kesihatan setibanya di Turkiye semalam.

Fahmi turut memaklumkan, CENTHRA akan mengambil keterangan penuh daripada semua aktivis Malaysia sebaik mereka pulang ke tanah air, bagi mendokumentasikan kekejaman rejim Zionis yang dialami mereka.

“Kami akan kumpulkan testimoni lengkap meliputi pengalaman di atas kapal, ketika penahanan, sehinggalah pembebasan dari Penjara Ketziot.

“Jika bukti mencukupi, CENTHRA bercadang memfailkan aduan rasmi kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) bagi memberi tekanan kepada Israel.

“Tekanan antarabangsa ini penting supaya siasatan dan pendakwaan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dapat dilaksanakan,” katanya.

Sumber: Astro AWANI

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us