Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

trending

Ardell Dedah Didera Tentera Israel, Tudung Direntap dan Diugut Bunuh Anak

ROSTAM, Mohamad Firdaus
07 Oct 2025, 12:19 PM

ardell dedah didera tentera israel, tudung direntap dan diugut bunuh anakFoto: Instagram

Aktivis kemanusiaan dan selebriti Malaysia, Ardell Aryana, mendedahkan beliau menjadi mangsa penderaan fizikal oleh tentera Israel ketika ditahan dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, baru-baru ini.

Ardell mengesahkan mengalami kecederaan akibat serangan fizikal ketika dalam tahanan, termasuk kecederaan pada bahu dan wajah.

“Dalam pertemuan dengan doktor tadi, saya dimaklumkan tisu lembut pada bahu koyak, selain terdapat kesan lebam di muka dan rambut yang direntap,” katanya.

Beliau memaklumkan, laporan kesihatan berkenaan akan dibawa pulang ke Malaysia untuk tujuan dokumentasi serta diserahkan kepada pihak peguam dan Sumud Nusantara Operation Center (SNOC) bagi tindakan lanjut.

Menceritakan detik mencemaskan itu, Ardell berkata tudungnya direntap sehingga rambutnya tercabut, sambil disorak oleh kumpulan askar Israel dengan tujuan memalukan dirinya.

“Saya tidak tahu mengapa saya dijadikan sasaran, tetapi mungkin kerana saya aktif membuat siaran langsung dan video SOS yang mendapat banyak perhatian,” ujarnya.

Lebih mengejutkan, Ardell turut mendakwa rejim Zionis mengugut akan membunuh anak-anaknya sekiranya beliau enggan memberi kerjasama semasa proses penahanan.

Ardell bersama 22 aktivis lain selamat tiba di Istanbul pada Sabtu menerusi penerbangan khas hasil kerjasama kerajaan Turkiye dan Malaysia.

Setakat ini, belum ada tarikh rasmi diumumkan bagi kepulangan semua aktivis Global Sumud Flotilla ke tanah air.

Sumber: Astro AWANI

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us