Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

trending

Tinggalkan Pesta Kemenangan, Arif Aiman Kejar Anugerah Besar di Riyadh

IDRUS, Husna Najwa
15 Oct 2025, 12:22 PM

tinggalkan pesta kemenangan, arif aiman kejar anugerah besar di riyadh

Bintang muda sensasi negara, Arif Aiman Hanapi, tidak sempat menyertai pesta kemenangan selepas skuad Harimau Malaya menumpaskan Laos 5-1 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 malam tadi. Ini kerana tonggak utama Johor Darul Ta'zim F.C. itu dijadualkan berlepas ke Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri majlis Anugerah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2025 yang bakal berlangsung esok di Pusat Kebudayaan King Fahd.

Pemain berusia 23 tahun itu mencipta sejarah tersendiri apabila tersenarai dalam kategori berprestij Pemain Terbaik Tahunan AFC menjadi satu-satunya wakil Malaysia yang tercalon bersama dua lagi bintang besar Asia:

tinggalkan pesta kemenangan, arif aiman kejar anugerah besar di riyadh

Foto: theafcdotcom

  • Akram Afif (Qatar) - tonggak utama yang membantu negaranya menjulang Piala Asia 2023.
  • Salem Al Dawsari (Arab Saudi) - penerima anugerah Pemain Terbaik AFC 2022.

Pencalonan ini bukan sekadar pengiktirafan peribadi, malah menjadi simbol kebangkitan bola sepak Malaysia di pentas Asia.

Dalam aksi Kumpulan F di Stadium Nasional Bukit Jalil, Arif Aiman sekali lagi menyerlah apabila menjadi antara watak utama di sebalik kemenangan besar 5-1 ke atas Laos. Kemenangan itu menyaksikan Harimau Malaya terus kekal di tangga teratas kumpulan dengan rekod 100% kemenangan.

Sepanjang musim lalu, Arif menjadi nadi kepada kejayaan JDT mempertahankan kejuaraan Liga Super, selain membantu skuad kebangsaan mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Asia. Gaya permainannya yang lincah dan kreativiti di bahagian sayap kiri menjadi senjata utama dalam sistem taktikal jurulatih Peter Cklamovski.

tinggalkan pesta kemenangan, arif aiman kejar anugerah besar di riyadh

Disebabkan penerbangan ke Riyadh, kelibat Arif tidak kelihatan dalam perayaan pasca perlawanan bersama rakan sepasukan dan ribuan penyokong di stadium. Namun, semangatnya jelas dirasai bukan sahaja sebagai wira di padang, tetapi juga sebagai lambang harapan baharu bola sepak negara.

Andai berjaya membawa pulang trofi Pemain Terbaik Asia, Arif Aiman bukan sahaja mencipta sejarah peribadi malah meletakkan nama Malaysia setanding kuasa besar bola sepak Asia.

Sumber: theafcdotcom

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us