Setiap orang sudah pasti ada aroma yang mereka suka, kadang kala aroma itu boleh membuat mereka lebih tenang apabila berada dalam keadaan tertekan. Ini antara aroma yang disukai orang ramai.
1. Bayi
Tak boleh dinafikan bau bayi, memang antara aroma yang paling harum. Semua bayi memiliki bau yang hampir sama. Aroma khas bayi inilah yang membuat kita seronok nak menggendong bayi. Walaupun mereka belum mandi sekalipun, bayi masih mengeluarkan aroma wanginya yang khas.
2. Tanah Selepas Hujan Turun
Ramai orang mengaku bahawa aroma tanah selepas hujan turun akan mendatangkan kenangan masa lalu, bau yang menyenangkan hati. Sebab itu ada orang akan jadi teruja bila hujan turun, lagi-lagi orang yang jenis suka pada alam semulajadi.
3. Minyak Petrol
Okay, ini aroma yang agak aneh dan pelik untuk disukai. Tapi bau minyak petrol ini ada kesan buruk pada kesihatan apabila sering sekali dihirup.
4. Kopi Yang Baru Digiling
Pencinta kopi tidak akan pernah bosan mencium aroma kopi yang harum, lagi-lagi biji kopi yang baru digiling. Sebab itu, ramai yang suka berkunjung di kafe yang menghidangkan secawan kopi yang autentik.
5. Coklat
Bau coklat mempunyai aroma khas yang mampu menarik perhatian orang. Bahkan, ada minyak wangi yang berasaskan aroma coklat yang laris dan laku di pasaran.
6. Pandan
Pandan adalah pewangi alam paling natural. Bahkan, banyak kuih dan makanan tradisional menggunakan pandan atas sebab perisa yang enak dan bau yang amat wangi. Tidak boleh dinafikan, aroma khas daun pandan mampu membuat diri kita lebih tenang.
7. Buku Baru
Siapa yang suka mencium bau buku yang baru dibeli? Tabiat ini sering sekali dilakukan oleh kebanyakan orang apabila membeli buku baru. Aroma khas buku baru akan membuat orang ketagih mencium baunya.
Jadi antara aroma ini, manakah yang paling korang suka?
Sumber: Tentik
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.