Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Arsenal Tewaskan Real Madrid, Tempah Slot Separuh Akhir UCL

ROSTAM, Mohamad Firdaus
17 Apr 2025, 11:48 AM

arsenal tewaskan real madrid, tempah slot separuh akhir uclFoto: Agensi

Arsenal berjaya melakar kejayaan manis apabila menempah tiket ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas menundukkan gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid, dengan kemenangan agregat 5-1.

Memetik laporan Sinar Harian, kemenangan ini sekaligus menandakan satu detik bersejarah buat The Gunners yang kali terakhir mara sejauh ini ialah pada tahun 2009.

Perlawanan suku akhir kedua yang berlangsung di Stadium Santiago Bernabeu menyaksikan Arsenal turun dengan penuh keyakinan selepas membawa bekalan selesa hasil kemenangan 3-0 pada perlawanan pertama di Emirates.

Mikel Arteta menurunkan barisan terkuatnya dalam usaha memastikan mereka tidak memberikan ruang kepada Real Madrid untuk bangkit.

Walaupun beraksi di laman lawan yang terkenal dengan aura magisnya, Arsenal tetap tampil dengan corak permainan tersusun dan penuh disiplin. Usaha mereka membuahkan hasil apabila Bukayo Saka berjaya menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-65.

Saka bijak menyudahkan peluang dengan satu sepakan cip yang menewaskan penjaga gol Madrid, Thibaut Courtois, selepas menerima hantaran lintang dari Martin Ødegaard.

Namun, kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Real Madrid segera menyamakan kedudukan dua minit kemudian.

Pemain lincah Brazil, Vinicius Junior, berjaya mencuri peluang selepas berlaku sedikit kekeliruan di barisan pertahanan Arsenal, khususnya dari William Saliba. Gol itu memberikan sedikit harapan kepada penyokong tuan rumah yang mahu menyaksikan kebangkitan dramatik seperti yang sering dilakukan Real Madrid dalam edisi-edisi terdahulu.

Meskipun ditekan, Arsenal tetap tenang dan kekal dengan pendekatan taktikal mereka. Di penghujung perlawanan, ketika Real Madrid sedang asyik menyerang bagi memburu gol tambahan, Arsenal mengambil kesempatan ke atas kelekaan pertahanan lawan.

Gabriel Martinelli, yang masuk sebagai pemain gantian, menyudahkan satu gerakan balas pantas dengan jaringan cantik pada masa kecederaan, sekaligus mengukuhkan kemenangan mereka malam itu.

Kemenangan ini bukan sahaja membuktikan kematangan Arsenal di pentas Eropah, tetapi juga memperlihatkan bagaimana Arteta berjaya menghidupkan semula semangat dan daya saing dalam pasukannya.

Mereka kini bersedia untuk mengharungi cabaran lebih besar di separuh akhir dan pastinya mengintai peluang untuk menamatkan kemarau trofi Eropah yang telah lama dinanti oleh para penyokong setia.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us