Sejak penularan wabak COVID-19 ini, Dr Noor Hisham dilihat sebagai wira atau hero negara. Ramai rakyat Malaysia menzahir rasa penghargaan terhadap jasa beliau dengan melukis potretnya.
Namun seorang artis tempatan, Choong Chee Leong menghasilkan satu karya potret wajah Dr Noor Hisham dengan cara yang amat unik, menggunakan dua alat bertukang iaitu skru dan screwdriver.
Menurut temu bual yang dilakukan bersama MalayMail, Choong mendedahkan keseluruhan proses menghasilkan potret tersebut mengambil masa selama dua minggu dan menggunakan sejumlah 4,219 skru.
“Setiap satu skru perlu tepat.
“Ada sedikit touching up (kemasan) yang dilakukan di hujung bagi menampakkan ciri-ciri Dr Noor Hisham, namun secara umumnya skru-skru tersebut perlu berada di tempat masing-masing.
“Kalau tidak, ia akan kelihatan seperti orang lain di penghujungnnya.
Video proses menghasilkan potret tersebut mendapat sambutan yang baik daripada netizen. Malah, sebelum ini beliau pernah menghasilkan potret wira badminton Lee Chong Wei bersempena dengan pengumuman persaraan pemenang pingat perak Olimpik.
Sumber: The Vocket
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.