Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Rapatkan Jurang Digital, Astro Kasih Sumbang 30 Unit Komputer Riba Kepada Sekolah Di Sabah & Sarawak

Demi memastikan pembelajaran dapat diakses oleh para pelajar di seluruh negara.
nura
19 May 2021, 11:30 AM

Yayasan Astro Kasih adalah yayasan tanggungjawab sosial korporat di bawah Astro Malaysia telah menyumbangkan sebanyak 30 unit komputer riba kepada tiga buah sekolah di kawasan pendalaman sekitar Sabah dan Sarawak. 

Ia sebahagian dari usaha di bawah teras pendidikan untuk jangka masa panjang, demi memastikan pembelajaran dapat diakses oleh para pelajar di seluruh negara.

rapatkan jurang digital, astro kasih sumbang 30 unit komputer riba kepada sekolah di sabah & sarawak

Inisiatif ini dilaksanakan bertujuan untuk merapatkan jurang digital, dengan membenarkan guru-guru dan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Magandai (Kota Marudu, Sabah), Sekolah Kebangsaan Malinsau (Ranau, Sabah) dan Sekolah Kebangsaan Sungai Paku (Kapit, Sarawak) mengakses kepada kandungan pendidikan secara atas talian dalam situasi pandemik COVID-19 ini.

Menurut Pengarah Pemasaran dan Komunikasi, Kumpulan Astro, Tammy Toh, beliau berkata Astro sentiasa berusaha dalam memperjuangkan akses pendidikan yang saksama untuk semua dengan membelanjakan sebanyak RM120 juta dalam segmen sajian kandungan sejak dari 10 tahun yang lalu. 

“Astro Tutor TV, yang merupakan tiga saluran pendidikan berteraskan sukatan pembelajaran nasional menyediakan pelbagai jenis kandungan yang relevan seperti SMK: Study Squad, Pelan A + SPM, Misi Studi, Top Tutor dan TV Pendidikan, yang kebanyakannya kini dapat diakses melalui laman web Upped kami. 

rapatkan jurang digital, astro kasih sumbang 30 unit komputer riba kepada sekolah di sabah & sarawak

rapatkan jurang digital, astro kasih sumbang 30 unit komputer riba kepada sekolah di sabah & sarawak

“Upped merupakan sebuah portal pembelajaran dalam talian percuma yang menempatkan ratusan video pendidikan seperti STEM yang menawarkan kaedah pembelajaran lebih menyeronokkan menerusi program Dekoded dan Stemsasi,” katanya.

Tambahnya, program Kampus Astro telah menyediakan dekoder Astro dan set TV kepada lebih daripada 10,500 sekolah kerajaan dan pusat aktiviti guru. 

“Menerusi sumbangan ini, kami berharap para guru dan pelajar di sekolah-sekolah ini dapat menggunakan komputer riba yang diberikan untuk mengakses kepada kandungan pembelajaran secara atas talian seterusnya membantu para pelajar ini untuk terus belajar,” katanya lagi.

Pengetua SK Magandai, Jairon Maiba berterima kasih atas sumbangan komputer riba dari Astro yang mana ia hadir tepat pada waktunya. 

“Di kawasan luar bandar seperti ini, aksesibiliti merupakan salah satu batasan atau cabaran kerana rata-rata para pelajar kami tidak memiliki alat atau peranti yang sesuai untuk kaedah e-pembelajaran. 

“Justeru, kami begitu bersyukur kerana kini para pelajar mempunyai alat untuk mengakses kandungan pendidikan secara atas talian,” ujarnya.

Bagi Pengetua SK Sungai Paku, Timbang anak Tuan, beliau berkata guru-guru gembira dengan komputer riba yang disumbangkan kerana mereka kini dapat berkongsi dengan murid-murid kandungan pendidikan secara atas talian dan boleh bertindak lebih interaktif dalam sesi pembelajaran masing-masing.

Malah, Pengetua SK Malinsau, Jamain B. Simban @ Abd. Halim turut bersyukur apabila hasrat guru-guru untuk menggunakan komputer riba ini tercapai bagi membantu murid-murid mengikuti pembelajaran apabila mereka kembali ke kelas setelah PKP berakhir kelak.

astro kasih santuni pelajar, sumbang 30 unit komputer riba kepada sekolah di sabah dan sarawak

Astro Kasih sentiasa komited menyokong SK Magandai, SK Sungai Paku dan SK Malinsau sejak dari tahun 2012 lagi dengan pelbagai inisiatif seperti membina dan menyelenggarakan asrama sekolah, menyediakan sistem pembelajaran Kampus Astro secara percuma, mengadakan bengkel peperiksaan, dan juga melaksanakan pelbagai kerja kemasyarakatan seperti pemeriksaan kesihatan di kalangan para pelajar sekolah. 

Dalam situasi mencabar ini, Astro Kasih juga mengedarkan buku-buku ulangkaji kepada pelajar bagi membantu mereka mengikuti pembelajaran ketika berada di rumah, serta menyumbang bekalan makanan dan pelitup muka kepada 100 keluarga di sekitar SK Malinsau yang menghadapi kekurangan bekalan.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.