Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Nikmati Kandungan Hiburan Bertaraf Dunia, Astro Pengedar Rasmi Disney+ Hotstar

Perggghhhh! Lain macam ni! Tak sabarnya!
nura
04 May 2021, 12:55 PM

Astro teruja mengumumkan pelantikannya oleh The Walt Disney Company sebagai pengedar rasmi untuk perkhidmatan penstriman yang dinantikan, Disney+ Hotstar, di Malaysia yang akan dilancarkan pada 1 Jun 2021. 

nikmati kandungan hiburan bertaraf dunia, astro pengedar rasmi disney+ hotstar

Pelanggan Astro akan dapat strim lebih daripada 800 filem dan 18,000 kandungan episod Disney yang menakjubkan pada aplikasi Disney+ Hotstar. Astro berusaha untuk menyediakan kandungan Disney+ Hotstar menerusi kotak Ultra dan Ulti yang disambungkan, pada tahun ini kelak dan memberikan kemudahan hiburan sehenti kepada pelanggan Astro. 

Menurut Henry Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, berkata, pihak Astro amat gembira dapat menjadi pengedar rasmi Disney+ Hotstar di Malaysia dan akan mengagregasikan lebih banyak kandungan bertaraf dunia di platform kami. 

“Tidak lama lagi, pelanggan dapat menikmati kandungan hebat dari Disney+ Hotstar, tambahan kepada kandungan terbaik Astro, kandungan tempatan, karya asli yang memenangi anugerah, dan kandungan sukan yang tiada tandingannya, yang menjadikan kami destinasi hiburan yang tidak disangkal lagi oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Tambahnya lagi, bagi pelanggan ‘Movies Pack’, mereka dapat strim hiburan bertaraf dunia di Disney+ Hotstar hanya dengan tambahan RM5 sebulan, sementara pelanggan selain ‘Movies Pack’ juga dapat menikmati Disney+ Hotstar melalui ‘bundle' nilai menarik yang lain. 

“Ini adalah permulaan yang baik untuk tahun penuh aksi di mana kami akan mengagregasikan perkhidmatan penstriman langganan video ‘on demand’ (SVOD), memberikan pelanggan kami pelbagai jenis hiburan untuk dipilih, yang memberi nilai dan kemudahan,” katanya lagi.

nikmati kandungan hiburan bertaraf dunia, astro pengedar rasmi disney+ hotstar
Bahkan, Pengurus Besar, The Walt Disney Company di Taiwan, Hong Kong dan Asia Tenggara, David Shin turut berkata, bahawa pihak mereka teruja untuk melancarkan Disney+ Hotstar kepada para pengguna di Malaysia dan jugabekerjasama rapat dengan Astro untuk memberikan hiburan yang terbaik. 

“Dari kandungan klasik Disney yang ikonik, hinggakan siri Disney+ Original yang baharu, kandungan terbaik dari pengarah Malaysia, pembuat filem dan pelakon-pelakon serta siri dan filem Asia, pastinya ada sesuatu untuk dinikmati oleh semua peringkat umur,” ujarnya.

Disney+ Hotstar adalah destinasi penstriman untuk kandungan global dan Malaysia. Ia menyatukan filem-filem pecah panggung Hollywood dan kandungan yang memenangi anugerah dari Disney, Marvel, Star Wars, Pixar, National Geographic, FX, 20th Century Studios dan banyak lagi, yang juga merangkumi tayangan perdana eksklusif dan tayangan pecah panggung dari studio terkemuka di Malaysia. 

nikmati kandungan hiburan bertaraf dunia, astro pengedar rasmi disney+ hotstar

Ia disediakan pada peranti bersambung internet yang serasi, Disney+ Hotstar menawarkan kandungan bebas komersil dengan pelbagai filem asli panjang, siri aksi langsung dan animasi, kandungan format pendek dan dokumentari, termasuk siri seperti The Mandalorian, WandaVision dan The Falcon and The Winter Soldier dan filem-filem seperti Avengers: Endgame, Aladdin dan Frozen 2.

nikmati kandungan hiburan bertaraf dunia, astro pengedar rasmi disney+ hotstar

Disney+ Hotstar akan turut menampilkan simpanan kandungan yang luas untuk penerbitan pawagam Malaysia yang memenangi anugerah, dan kandungan hebat tempatan seperti J2: J Retribusi, Zombitopia, Ada Hantu, Ejen Ali, Upin & Ipin dan banyak lagi.

Mulai 4 Mei, pelanggan boleh mula mendaftar untuk mendapatkan ‘Movies Pack’ yang disertakandengan Disney+ Hotstar pada 1 Jun melalui WhatsApp +603-95433838, Saluran 200, astro.com.my/Disney, dan juga menerusi pengedar dan pembekal yang sah. 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.