Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Avaa Vanja Mohon Hak Penjagaan Penuh, Failkan Injuksi Halang Suami Bawa Anak Ke Amerika Syarikat

Semoga keputusan positif bagi semua pihak
Aimi Amira Nordin
03 Jan 2022, 09:16 PM

avaa vanja mohon hak penjagaan penuh, failkan injuksi halang suami bawa anak ke amerika syarikat

Pendengaran kes hadhanah pelakon Avaa Vanja bermula pada hari ini di Mahkamah Tinggi Syariah setelah beliau memfailkan perceraian terhadap suaminya, Aamil Sulaiman pada 2 Disember tahun lepas.

Peguam Syarie Nurul Hafidzah dan Zeti Zulkifli berkata anak guam beliau memohon agar diberi hak penjagaan sementara menunggu permohonan hadhanah penuh diputuskan kerana anak guam khuatir kebajikan dan akidah anak terabai sekiranya tidak dijaga beliau.

“Avaa juga memfaikan injunksi bagi menghalang anak beliau dibawa keluar negara oleh suami beliau yang turut mempunyai kewarganegaraan Amerika Syarikat dan anak beliau juga mempunyai kewarganegaraan negara itu,” kata Nurul Hafidzah.

Pada 28 Disember, proses sulh hadhanah dan sebutan pertama kes cerai di Mahkamah Tinggi Syariah telah pun dijalankan.

Pagi tadi, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah telah membenarkan kedua-dua permohonan injuksi dan interim hadhanah. Ini bermaksud, Avaa telah berjaya dalam kedua-dua permohonan.

Dengan keputusan mahkamah tersebut, Avaa telah diberikan hak penjagaan sementara dan injunksi interim bagi menghalang anak beliau dibawa keluar dari negara.

Media melaporkan yang Avaa membuat langkah pertama untuk memfailkan perceraian kerana beliau berpendapat bahawa rumah tangganya tidak dapat dipelihara jika dia terus tinggal bersama suaminya.

Avaa berharap tindakan undang-undang yang diambil dapat menyelesaikan masalah rumah tangganya dan memohon doa daripada semua pihak supaya semuanya berjalan dengan lancar.

Saiful Ridzuan, Pengurus Krisis dan jurucakap Avaa Vanja dari firma pengurusan krisis Saiful Ridzuan Public Relations And Communications berkata Avaa berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong beliau semasa sedang mengharungi konflik rumah tangganya dan pelakon tersebut mensasarkan keputusan yang positif bagi semua pihak.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us