Di dalam dunia psikologi dan kajian terhadap tabiat manusia, tidak disangkal lagi bahawa orang-orang yang cantik rupa parasnya atau mempunyai struktur yang kebiasaannya dikaitkan dengan kecantikan mempunyai kelebihan dari segi penerimaan oleh orang sekeliling. Ini bermaksud, orang awam akan mengaitkan nilai-nilai yang lebih positif kepada mereka berbanding dengan orang yang kurang menawan.

Secara saintifiknya, bentuk muka yang umumnya dianggap ‘cantik’ adalah tulang pipi yang tinggi, bibir yang lebih tebal, mata yang lebih besar, dan dagu yang tirus bagi kaum hawa, manakala bagi kaum adam yang ‘cantik’ dikaitkan dengan dagu yang lebar dan rahang muka yang besar dan terbentuk. Kulit yang licin, rambut yang bersinar dan ke-simetri-an muka secara amnya dianggap ciri-ciri yang menawan.
Kajian psikologi menunjukkan bahawa orang-orang yang dianggap ‘menawan’ ini melalui hidup yang lebih mudah berbanding mereka yang tidak. Kajian yang dibuat adalah berdasarkan respons semulajadi manusia apabila behadapan dengan sesuatu situasi. Berikut adalah antara situasi dimana mereka ini boleh ‘mengelat’
#1 Orang yang cantik dianggap lebih sihat
Orang yang memepunyai muka yang simetri dianggap mempunyai kesihatan yang lebih bagus daripada mereka yang berlawanan, walaupun ianya tiada kena mengena dengan apa-apa ciri kesihatan. Orang ramai hanya membuat kesimpulan, jika seseorang itu cantik, dia sihat. Hasil kajian ini dilihat tiada perbezaan sama ada individu tersebut lelaki atau perempuan
#2 orang yang cantik lebih mudah mendapatkan pasangan
Rasanya yang ini semua orang tahu. Tiada penjelasan lanjut diperlukan. Next!
#3 Orang yang cantik lebih pandai memujuk atau menghasut
Menghasut disini bermaksud mempengaruhi orang lain untuk bersetuju dengan sesuatu perkara. Secara nalurinya, orang yang cantik ini mempunyai keyakinan diri yang dapat membantu melakukan perkara di atas. Mereka menggunakan kecantikan fizikal ini untuk menarik perhatian dan mereka tahu orang akan dengar. Hasil yang menyokong kenyataan ini melihat keberkesanan orang yang cantik ini di dalam temu duga dan dalam komunikasi dua hala.
#4 Orang yang cantik dilihat lebih disukai dan boleh dipercayai
Secara kebiasaannya orang yang cantik ini dilayan dengan lebih baik oleh orang ramai. Ini kenyataan yang jelas dan nyata. Bidang kajian tabiat manusia sudah melihat perkara ini sebagai naluri kita sebagai manusia dan ianya sesuatu yang semula jadi dan tanpa sedar.
Tujuan artikel ini bukanlah untuk menghina atau merendahkan mana-mana pihak. Kita perlu bersyukur di atas apa yang dikurniakan kepada kita. Matlamat artikel ini adalah untuk berkongsi tentang naluri semula jadi manusia yang disokong oleh kajian saintifik. Selain itu, kita juga perlu berjaga-jaga supaya tidak termasuk ke perangkap individu-induvidu yang menggunakan kecantikan rupa mereka dalam meraih kepentingan diri sendiri.
Sumber: Business Insider.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.