Demam ringan dengan gejala selsema dan batuk memang merunsingkan dan boleh membuatkan aktiviti seharian menjadi tergendala.
Selain daripada mengambil ubat-ubatan, pesakit yang demam ringan dengan gejala batuk dan selsema perlu mendapatkan rehat yang mencukupi.
Bagi memastikan tidur pesakit tidak terganggu dan juga berkualiti, penggunaan air humidifier sangat penting bagi memastikan udara persekitaran lembap dan tidak kering. Ia sekaligus dapat membantu melegakan hidung yang tersumbat.
Bagi melegakan tekak yang perit, penggunaan lozenges dapat memberikan kesan sejuk di tekak. Pesakit juga dinasihatkan untuk mandi air suam atau panas pada waktu sebelum tidur.
Antara cara lain bagi merawat demam, batul dan selsema adalah seperti:
1. Jangan tidur lewat.
2. Kumur dengan air garam.
3. Minum air dengan kerap.
4. Pastikan bilik tidak terlalu terang.
5. Bersihkan bilik dengan air saline.
6. Gunakan spray decongestant untuk melegakan hidung tersumbat.
7. Tinggikan bantal untuk tidur.
Jika keadaan semakin teruk, demam berpanjangan atau gejala semakin serius, segera dapatkan rawatan lanjut di hospital.
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.