Baru-baru ini, tular sebuah video seorang individu mencuri duit dari dalam tabung masjid men dapat perhatian warganet.
Selepas dikenalpasti, individu tersebut merupakan seorang remaja berusia 16 tahun.

Pihak polis menahan remaja berkenaan kerana kes curi wang dari tabung masjid Pekan Sanglang, Ayer Baloi.
Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib, beliau memaklumkan satu video berdurasi 2 minit 19 saat yang dimuat naik dalam sebuah akaun Twitter pada jam 9.46 Ahad mendapat tumpuan media sosial.
"Video berkenaan memaparkan seorang lelaki mencuri duit tabung masjid. Hasil siasatan pihak polis kejadian tersebut berlaku pada 20 November lalu pada jam 10.58 pagi di masjid berkenaan.
"Susulan itu pada 23 November pihak pengurusan masjid membuat laporan di Balai Polis Air Baloi," katanya.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat pada jam 3 petang, 23 November lalu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian menahan remaja berkenaan.
Tambahnya, kertas siasatan dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan juga denda.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.