Jika anda suka memandu pada waktu malam, pasti anda perasan dengan penggunaan cahaya putih pada segelintir jenis dan model kenderaan masa kini.
Meskipun ia lebih terang dan jelas berbanding dengan lampu berwarna kuning, penggunaan cahaya lampu putih ini sebenarnya menggangu pengguna jalan raya lain.
Cahaya lampu putih yang terlalu terang boleh menyebabkan silau, seterusnya mengakibatkan kemalangan maut.
Keadaan ini akan bertambah serius pada waktu hujan kerana cahaya putih yang dipancarkan akan diserakkan oleh titisan air hujan yang menyebabkan penglihatan pemandu lain terganggu.
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.