Sumber: Elite Daily
Hubungan yang lalu tak perlu dikenang lagi. Bila pasangan yang dah buat keputusan untuk putus dan pilih haluan masing-masing yang tinggal hanyalah kenangan. Tapi, apa nak buat dengan gambar bekas kekasih ? Biarkan di Instagram ? Delete ? Buang ? Atau simpan sahaja sebagai kenangan ?
Perlu ke tak sebenarnya nak simpan gambar ex ni? Ni ada beberapa jawapan sama ada korang patut atau tak patut simpan gambar ex.
- Kalau korang yang tinggalkan atau minta break
Rasanya kalau putus dengan cara baik tanpa bergaduh tak salah rasanya nak archive sahaja gambar tu. Jadi orang lain tak nampak. Takdalah orang ingat kita tak move on lagi kan ?
- Kalau kekasih baru jenis insecure
Kalau kekasih baru jenis yang mudah insecure, seeloknya buang atau delete sahaja gambar bekas kekasih korang tu. Buat apa nak fikir benda yang dah lepas sedangkan dah ada hidup baru yang lebih bahagia. Betul tak ?
Kan susah kalau kekasih baru nampak gambar, tak pasal-pasal bergaduh nanti.
- Kalau korang tak sedia nak ada relationship baru
Dah single tapi masih biarkan gambar bersama bekas kekasih di media sosial ? Hmmm, tu tandanya korang masih belum boleh move on lagi. Dan ini memberi tanda yang korang tak ready pun lagi nak start relationship atau kenal orang baru. Kan ?
Sebenarnya lagi kita simpan gambar, selalu tengok, asyik terkenang lagi susah nak move on tau.
Jadi, rasanya patut ke tak patut simpan gambar ex korang? Share dengan kitorang jom!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.