Ramai yang dilihat suka bermain-main dengan bayi, termasuklah melambung serta menggoncang mereka. Ada bayi yang akan ketawa kerana terhibur diperlakukan sedemikian.
Bagaimanapun, aktiviti seperti ini adalah membahayakan kerana bayi mempunyai otak yang masih lembut dan otot leher yang lemah. Bayi juga mempunyai salur darah yang sangat halus.
Akibat daripada perbuatan menggoncang bayi, otak anak kecil ini akan menghentak dinding tengkorak dan menyebabkan salur darah terkoyak, seterusnya berlaku pendarahan dan otak akan membengkak. Lebih teruk lagi, patah leher dan tulang belakang serta kerosakkan pada mata boleh terjadi sekiranya ia dilakukan secara kerap dan aggresif.
Situasi ini juga dikenali sebagai Shaken Baby Syndrome (SBS), yang kerap berlaku pada bayi berusia bawah 2 tahun.
SBS adalah satu perkara yang serius yang boleh dikategorikan sebagai penderaan. Laporkan pada pihak berkuasa sekiranya anak anda merupakan mangsa SBS dan bawa ke doktor untuk rawatan lanjut.
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.