
Ramai di antara kita yang suka menarik rambut sampai 'meletup' untuk melegakan rasa sakit kepala yang dialami. Mungkin bagi ada perbuatan ini melegakan namun ianya sebenarnya membahayakan kulit kepala anda.
Menerusi perkongsian Dr drwanshare di Tiktok dan Instagram, pengamal perubatan itu menegaskan yang menarik rambut sehingga mengeluarkan bunyi ‘pop’ boleh merosakkan lapisan dalam kulit kepala, seterusnya membawa kepada masalah kesihatan yang lain.
Bunyi 'meletup' yang kita dengar sewaktu menarik rambut secara cepat itu sebenarnya adalah bunyi lapisan kulit yang dipanggil Galea ditarik daripada tengkorak.
“Tarik, terkoyak, pendarahan dan infection. Kesan daripada tarik rambut boleh membawa kepada jangkitan kuman, Follicultis.
“Daripada nak release sakit kepada, terus dapat jangkitan,” katanya.
Saksikan video di bawah untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.