Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Nak Tahu Tentang Bandar Pintar, Pendigitalan PKS Atau Cara Kembangkan Bisnes? Ayuh Ke SDEC Oktober Ini!

Yang nak cari ruang dan peluang kembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa, inilah masanya!
Lea Spykerman
26 Sep 2022, 05:39 PM

Artikel ini ditaja oleh Sidec

konvensyen bandar pintar dan ekonomi digital selangor 2022

Kredit: rawpixel.com/freepik, lifeforstock/freepik & Sidec; Edit: SINAR

Nak jumpa pakar-pakar industri dalam dan luar negara? Jom ramai-ramai meriahkan Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC) 2022 yang dianjurkan Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec), pada 6 hingga 9 Oktober, mulai jam 10 pagi hingga 6 petang di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. 

Penganjuran kali ke-7 ini diadakan bersempena dengan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2022.  

Apa Yang Menariknya Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor 2022 (SDEC 2022)?

Tentunya peluang berjumpa pemain industri, ahli akademik, peniaga kecil dan sederhana (PKS) dan individu dari pelbagai sektor.

Selain itu, inilah masanya untuk kita mendalami, berkongsi buah fikiran serta mengembangkan ekosistem pendigitalan sedia ada dan masa hadapan menerusi lima teras utama dalam konvensyen empat hari yang mengangkat tema Sustainable Digitalisation Towards a Net-Zero Future

#1 Persidangan Bandar Pintar Asia

teknologi digital bandar pintar sdec 2021

Kredit: Sidec

Antara persidangan terbesar yang menghimpunkan pakar, Datuk Bandar dan pemain industri dari pelbagai negara di dunia seperti Australia, Korea Selatan, Thailand, Indonesia, India dan Malaysia.

Dua perkara yang menjadi elemen utama iaitu:

Sidang Kemuncak Datuk Bandar

Asian Smart City Conference 2022 SDEC

Kredit: Sidec

Sidang kemuncak ini menghimpunkan datuk bandar beberapa negara, yang akan berbincang serta berkongsi pengalaman, ilmu pengetahuan dan kaedah yang diguna pakai dalam mengatasi isu negara menggunakan teknologi pintar.

Net-Zero and Circular Economy Forum

SDEC 2022 Smart City Track

Kredit: Sidec

Menghimpunkan 24 pakar dari pelbagai industri seperti Mobiliti Pintar & Kenderaan Sifar Pelepasan, Pengurusan Pintar Sisa & Sungai,Tenaga Suria dan Biojisim, Tadbir Urus Awan & Data, Teknologi Pintar untuk Tenaga dan Pelaburan & Pembiayaan Hijau.

#2 Persidangan Pendigitalan Industri PKS Selangor

Persidangan yang menghimpunkan 16 pakar ini menjadi platform perbincangan, pertukaran maklumat dan kaedah terbaik untuk PKS yang ingin beralih ke bidang digital.

#3 Selangor Fashion Accelerator (Demo Day)

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sidec (@sidecmy)

Jom tengok hasil rekaan fesyen daripada enam syarikat terakhir yang terpilih dalam program Selangor Fashion Accelerator 2022.

Kesemua mereka telah diberikan latihan dari segi kemahiran asas pitching, kesesuaian pasaran produk, identiti jenama atau DNA jenama, inovasi tekstil, sesi perkongsian dalam pengumpulan dana serta IP (harta intelek)/tanda dagangan.

Pada 8 Oktober iaitu Hari Demo nanti, mereka akan menyampaikan pitching mereka kepada bakal pelabur dan rakan kongsi industri bagi merebut peluang pelaburan daripada syarikat modal teroka seperti The Hive Southeast Asia dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

#4 Festival Livestream

Sesi livestream akan diadakan sepanjang konvensyen yang akan memperkenalkan PKS serta pempamer dari Malaysia Top E-Commerce Merchant (Top ECM) Awards 2022.

#5 Pelbagai Ruang Pameran Seperti Kereta Pintar & Teknologi Digital

ruang pameran sdec 2021

Kredit: Sidec

Sebanyak 100 gerai pameran yang terlibat sepanjang persidangan ini berlangsung dan dianggarkan seramai 10,000 pengunjung, ahli profesional, jenama, pengasas, usahawan dan pereka industri digital ekonomi hadir ke acara ini!

Kenapa Anda Kena Pergi Acara Ni?

Adakah anda terlibat dalam teknologi bandar pintar? Atau anda merupakan pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan, mahupun pelabur swasta, pengasas perniagaan atau terlibat dalam industri PKS? Atau anda seorang pakar digital dan software?

Inilah masanya anda nak jadi melebarkan jaringan dengan komuniti yang sama, dan bersama-sama membuat perubahan yang memberi impak kepada masa depan negara.

Ada macam-macam aktiviti bermanfaat yang anda kena sertai. Jadi pastikan anda hadir ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 6 hingga 9 Oktober ni, mulai jam 10 pagi hingga 6 petang.

Tunggu apa lagi? Layari SDEC 2022 untuk info lanjut atau untuk dapatkan pas masuk sekarang!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }