Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan negeri serta pihak berkaitan mengkaji semula piawaian pembinaan dan penyelenggaraan jalan raya di negeri ini.

Menurut Presidennya, Mohideen Abdul Kader, pihaknya memaklumkan terdapat banyak jalan berlubang serta permukaannya yang tidak rata sehingga boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya.
“Kami mendapati antara jalan utama yang rosak adalah di Jalan Thean Teik, Jalan Paya Terubong, Jalan Jelutong, Jalan Perak, Jalan Bukit Gambir, dan beberapa jalan lain di kawasan perumahan.
“Dengan peningkatan kenderaan bermotor yang banyak terutamanya kereta persendirian di jalan raya Pulau Pinang dalam tempoh sepuluh tahun, adalah amat penting bagi jalan raya ini diselenggara dengan baik,” katanya.
Tambahnya, kontraktor yang ditugaskan perlu bertanggungjawab terhadap sebarang jalan yang teruk yang mengakibatkan jalan berlubang dan permukaan jalan tidak rata.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.