![[video] pekerjaan baru bapa lepas pencen, ‘shopping online’ setiap hari](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/article/untitled-design-2025-05-05t102218-653-1.png)
Foto: Tiktok (@_pucellex)
Siapa cakap selepas bersara, para pesara hanya akan duduk goyang kaki, tidur, dan tengok TV sahaja? Anda silap besar! Baru-baru ini sebuah perkongsian video di aplikasi Tiktok oleh seorang gadis mengenai gelagat bapanya yang rajin membeli barangan secara dalam talian membuatkan ramai netizen terhibur.
Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat bapanya mengambil pelbagai bungkusan barangan daripada kurier. Ada yang bersaiz besar, ada juga yang sebesar telapak tangan beliau sendiri.
Tidak cukup dengan itu, bapanya turut berkongsi kegembiraan menerima bungkusan-bungkusan yang dibelinya dan membuat video ‘unboxing’ sebagai kandungan untuk akaun Tiktoknya pula.
Ruangan komen dibanjiri dengan seribu satu reaksi netizen. Rata-rata terhibur dengan telatah bapa itu.
![[video] pekerjaan baru bapa lepas pencen, ‘shopping online’ setiap hari](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/article/untitled-design-2025-05-05t103008-824-1.png)
Foto:Tiktok
Di sebalik semua ni, kita nampak satu perkara iaitu kegembiraan kecil yang dia rasa. Lepas bertahun-tahun bekerja, sekarang dia ada masa untuk buat benda yang disukainya. Mungkin juga barangan tersebut telah diidamkan sekian lama dan selepas bersara barulah beliau berpeluang untuk memilikinya.
Untuk semua anak-anak di luar sana bersabar dan hargailah ibu bapa anda. Kadang-kadang mereka cari kegembiraan kecil dengan cara yang kita rasa pelik atau tak perlu, tapi itu mungkin cara mereka mengisi hari-hari selepas bersara. Selagi mereka bahagia dan tidak memudaratkan diri, biarkan mereka menikmati hidup.
Sumber: Tiktok (@_pucellex)
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.