Nampak macam pelik, tapi inilah kebenarannya. Seorang pakar bedah di India terkejut selepas berjaya mengeluarkan barang kemas dan syiling bernilai RM271,911.20 dari perut seorang pesakit wanita.

Pesakit yang bernama Runi Khatun, 26 dikejarkan ke hospital dalam keadaan lemah kerana muntah setiap kali selepas makan.
Ketika dirawat dan dibedah, 60 utas rantai, 80 bentuk anting-anting, 46 keping duit syilling, 8 loket, 11 anting-anting hidung, 4 kunci, 5 rantai kaki dan satu jam muka dikeluarkan daripada perut pesakit.

Ibu kepada pesakit mengatakan dia tidak sangka barang kemas yang hilang dirumah rupa -rupanya ditelan oleh anak perempuannya itu.

Keadaan pesakit sangat lemah, kurus dan kritikal dan doktor menganggarkan pesakit memerlukan sekurang - kurangnya lima botol darah.
Pembedahan dan proses mengeluarkan bendasing mengambik masa selama satu jam 15 minit dan keadaan pesakit kini sudah stabil.
Sumber Daily Mail.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.