Kemunculan kisah Puteri Diana dalam program bersiri The Crown menyebabkan nama Puteri Diana kembali popular dan disebut-sebut netizen.
Emma Corrin (kiri) sebagai Puteri Diana dalam The Crown.
Dengan kemahsyuran Puteri Diana kembali aktif, beberapa barang memorabilia telah dilelong secara atas talian.
Menurut laporan Daily Star, terdapat 73 peratus peningkatan dalam pencarian item yang berkaitan dengan Puteri Diana di laman web eBay.
Antara barang yang dijual secara atas talian adalah service booklet dari majlis pengkebumian Puteri Diana di Westminster Abbey pada 6 September 1997. Item ini dijual bernilai £4,500 (RM 24, 646)
Buku kecil itu diberikan kepada para tamu di majlis pemakaman - yang disiarkan secara langsung di televisyen pada masa itu dan memaparkan bacaan dan persembahan daripada Sir Elton John.
Kenangan dari perkahwinan Putera Charles dan Puteri Diana dijual. Bahkan, sepotong kek kahwin dari majlis perkahwinan mereka turut dijual dengan harga £180 (RM 985).
Rambut milik Puteri Diana dari tahun 1995 turut dijual di laman web eBay.
Selain itu, gaun Andre Van Pier berwarna putih yang pernah menjadi milik Puteri Diana dan basikal yang pernah dimiliki oleh Puteri Diana dijual masing-masing dengan harga £11,340 (RM 62,108) dan £20,000 (RM109,538).
Sumber: Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.