Ayam adalah protein kegemaran orang ramai, pelbagai jenis masakan dan menu boleh disediakan. Namun, membela ayam bukanlah mudah lagi-lagi bau tahi ayam yang terlalu busuk apatah lagi jika ia terkumpul dalam kuantiti yang banyak.
Memetik laporan Daily Star, penduduk di kawasan Aintree, Liverpool perlu menghadapi situasi di mana mereka terpaksa menghidu bau tahi ayam yang berpunca dari sebuah ladang berdekatan kawasan mereka.
Tambahnya lagi, bau tersebut yang terlalu kuat menyebabkan kehidupan mereka terjejas sehingga rutin harian terpaksa dibatalkan.
Malah, penduduk di situ sering menutup tingkap rumah dan bimbang jika berlaku kesan sampingan kepada kesihatan mereka.
Rata-rata mereka kecewa akan situasi ini yang berlarutan hampir dua minggu.
Malah, sesetengah penduduk turut berkongsi mengenai situasi itu menerusi hantaran mereka di media sosial masing-masing.
Sumber: Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.