Berita yang amat dukacita, seorang bayi lelaki berusia 38 minggu telah meninggal dunia akibat COVID-19, menjadi mangsa terkorban termuda di Malaysia.
Dalam satu hantaran di laman sosial Facebook Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) memaklumkan saat duka ketika bayi tersebut disemadikan pada Selasa.
"Ya Allah...sayu hati kami di keheningan malam tadi, kali pertama menerima jenazah COVID-19 termuda bayi lelaki berusia 38 minggu," tulis pentadbir akaun Facebook JAWI.
Bayi berkenaan dilapor dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak, Taman Selaseh, di ibu kota.
"Difahamkan ibunya kini masih bertarung nyawa di ICU.
"Bapanya pula bersama lapan orang lagi anak sedang menjalani kuarantin di rumah.
"Semoga dikurniakan ketabahan buat seluruh ahli keluarga.
"Insya-Allah, anak kecil ini menanti di syurga, memberikan syafaat buat kedua-dua orang tuanya di akhirat kelak," tulisnya lagi.
Kes penularan COVID-19 di negara ini terutamanya Lembah Klang terus membimbangkan dengan negara merekodkan jangkitan harian tertinggi 11,079 COVID-19 dan 125 kematian pada Selasa.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.