Bayi kecil terutamanya yang baru lahir, sangat senang untuk dijangkiti sakit. Hal ini kerana, badan bayi tersebut masih pada peringkat mengenali alam sekitarnya dan sistem imunisasinya masih lemah.

Walaubagaimanapun, sekiranya bayi anda didapati selesema, pakar tidak mengesyorkan untuk anda terus ke doktor dan memberinya ubat selesema. Hal ini kerana kebanyakan ubatan selesema terutamanya di farmasi tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah 2 tahun.
Berikut dikongsikan lagi beberapa petua pakar yang anda boleh buat ketika bayi kecil anda selesema.
- Pastikan bayi anda banyak minum. Dengan ini, ia akan menipiskan mukus atau hingus dan dapat membantu mengurangkan hidung yang tersumbat. Galakkan bayi anda meminum susu ibu atau formula
- Sedut hingus bayi. Bayi yang kecil tidak tahu unutk menghembuskan hidungnya lagi. Jadi, anda perlu menyedutnya keluar untuk mengurangkan hidung yng tersumbat. Terdapat banyak alatan sekarang yang boleh dibeli bagi melakukan perkara tersebut. Jangan lupa untuk basuh alat penyedut tersebut setiap kali lepas guna.
- Tinggikan kepala bayi sewaktu tidur. Ini dapat memudahkan anak kecil kita untuk bernafas dan tidur dengan lebih nyenyak.
- Suapkan sup ayam kepada bayi yang sudah boleh makan. Khasiat di dalam sup ayam dapat membantu membina sistem imunisasi bayi. Pastikan sup anda tidak terlalu berminyak
- Pasang alat pelembab udara. Kelembapan di udara dapat membantu mengurangkan batuk dan rasa kesesakan. Gunakan kawalan udara yang sejuk untuk mengelakkan apa-apa kemalangan
- Bagi mereka yang merokok, mungkin anda boleh cuba untuk berhenti demi kesihatan bayi anda. Asap rokok dapat mengganggu pernafasan bayi pada tekak dan hidungnya. Bayi juga akan lebih susuah untuk baik sekiranya berada di kawasan yang ada orang merokok.
- Banyakkan rehat. Tidur adalah senjata utama bayi dalam memerangi selesema. Rehat yang cukup dapat menguatkan sistem imunisasi bayi.
- Bagi bayi yang sudah sedikit besar, anda boleh cuba untuk suapkan sedikit madu. Satu sudu madu sebelum tidur boleh mengelakkan batuk pada waktu malam. Jangan berikan madu kepada bayi yang kurang daripada satu tahun.
- Kadang-kadang selesema bayi boleh melarat. Sekiranya bayi anda berumur bawah 3 tahun dan mempunyai suhu punggung 38 ⁰C atau enggan untuk minum, anda bolehah bergegas untuk berjumpa doktor. Sekiranya dia lebih besar, anda boleh berjumpa doktor sekiranya dia batuk lebih daripada semingguatau sesak nafas.
Sumber: WebMD
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.