Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Bebelan Kepada Mereka Yang Tidak Tahu Etika Menaiki Kenderaan Awam

Bagi pengguna pengangkutan awam yang tegar, dengarlah rayuan ini
Editor
10 Jan 2020, 07:00 AM

bebelan kepada mereka yang tidak tahu etika menaiki kenderaan awam

Bagi pengguna pengangkutan awam yang tegar, kita harus menempuhi bermacam-macam kerenah pengguna lain. Bayangkanlah, kalau kita guna tren LRT atau MRT untuk pergi ke kerja, semasa waktu sesak, anda kena laui beribu-ribu manusia yang sama-sama ingin bergegas juga.

Tetapi sebagai pengguna bersama, kita perlulah beringat dan menghormati hak dan keselesaan pengguna-pengguna yang lain. Etika ketika menggunakan pengangkutan awam perlulah diingati dan dilakukan bersama.

#1 Hormati harta benda awam

Kita bersama-sama menggunakan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan ini. Jadi, tangan tu jangan lah gatal nak menconteng dinding-dinding tren atau bas, atau yang lebih menyakitkan hati, ada makhluk Tuhan yang mengikis dan mengukir perkataan-perkataan yang pelik. Sesetengah dariapda kita perlu masuk balik kelas Sivik dan Kewarganegaraan.

#2 Tunggu penumpang untuk keluar sebelum anda masuk ke gerabak

Ini adalah golongan-golongan yang meminta untuk dimaki secara berterusan. Ya, kami tahu, kamu mahu bergegas. Kami semua pun mahu bergegas ke destinasi. Beri peluang kepada mereka yang sudah samapai ke destinasi mereka, untuk pergi ke destinasi mereka. Kalau kamu sibuk nak masuk, yang di dalam gerabak sibuk mahu keluar, ha, biar tersekat dekat pintu tu baru ingin bertaubat agaknya.

#3 Berbaris sebelum masuk gerabak/kenderaan

Rasa-rasanya, ilmu ini diajar sejak kita berada di tadika lagi. Tapi, apabila kita sudah melangkau dewasa, tiba-tiba semua macam terkena hentakan ke bahagian hippocampus otak kita dan magiknya lupa tentang adab sopan ini. Lagi menyirap darah jantan ini apabila ada insan-insan yang selamba badak sumbu sahaja memotong barisan untuk masuk ke tren/bas.

#4 Berikanlah kerusi anda kepada mereka yang memerlukan

Ini adalah acara klasik yang berlaku setiap kali di dalam kenderaan awam. Apa salahnya, kita berikan tempat duduk kita kepada atuk dan nenek yang baru masuk, atau akak yang sangat jelas kelihatan berbadan dua dan mereka-mereka yang nyata memerlukan tempat duduk itu lebih daripada anda. Nah, mulalah semua kepenatan, tertiduyr di dalam gerabak. Tidak mengapalah, kita husnuzon, mungkin mereka ada sakit belakang atau lutut bergetar.

#5 Senyapkan telefon anda dan elakkan menjawab panggilan telefon

Ya, kami tahu, anda popular. Banyak peminat. Tapi ada sesetengah daripada kami ini kepenatan balik daripada seharian bekerja, dan tidak perlu untuk tahu tentang kisah silam adik angkat awak yang tersepit dekat pintu belakang rumah kawan tadika dia. Lagi satu, kalau mahu tengok video itu, tolonglah pakai pendengar telinga. Satu gerabak tidak mahu dengar alunan nasyid ‘Sepohon Kayu’ anda pada pukul 7 pagi.

Aduan pengguna yang kesal

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us