Bekas pemenang pingat gangsa Olimpik 2016 dari Amerika Syarikat (AS), Monica Aksamit memuji pakaian kontinjen Malaysia ketika Upacara Pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024.

Malah, atlet lawan pedang wanita (samer) itu mengakui pakaian tersebut begitu indah dan cantik diperagakan oleh atlet kebangsaan ketika acara pembukaan itu.
Tambahnya, dia juga meletakkan markah 10/10 untuk pakaian ciptaan pereka fesyen terkenal Malaysia, Rizman Ruzaimi bagi temasya sukan terbesar itu di Paris, Perancis.
“Ada orang tanya kenapa saya nak cakap benda ni, saya ini bekas atlet Olimpik mungkin saya ada pelepasan untuk bercakap. Bagi saya pakaian atlet Malaysia begitu cantik dan saya sukakannya, 10/10,” ujarnya.
Menariknya, Monica turut meninggalkan komennya terhadap pakaian yang diperagakan oleh kontinjen negara lain antaranya, India, Mesir, Kenya, Republik Dominican, Slovenia, Mesir dan banyak lagi.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.