Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menjelaskan dirinya kini menolak untuk menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki yang terlibat dalam dunia hiburan bagi dijadikan pasangan hidupnya kelak.
Dayang Ara Nabellah Awang Astillah atau mesra disapa Bella memberitahu, dirinya bukan sahaja menolak individu dalam industri seni, malah turut meletakkan beberapa syarat lain termasuk tidak mengambil minuman beralkohol.

Foto: Harian Metro
“Tidak hisap rokok vape atau shisha dan semestinya tak pergi kelab malam serta minum alkohol.
“Dia juga tidak terlibat dengan bahan terlarang seperti dadah dan paling penting bukan dalam industri seni,” katanya menerusi sebuah video tular yang dimuat naik oleh adiknya, Didi Astillah dalam aplikasi TikTok baru-baru ini.
Namun begitu, ketika Didi bertanya sama ada Bella akan menerima lelaki yang terlibat dalam bidang politik, Bella hanya tertawa tanpa menjawab persoalan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, netizen dilihat turut mengusik kriteria itu seakan-akan sama persis personaliti Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang ketika ini hangat digosipkan bersama.
Terdahulu, Bella dan Saddiq turut mencuri tumpuan ramai apabila mereka dilihat kerap muncul bersama sehingga tular di platform media sosial termasuklah ketika menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah, baru-baru ini.
Sumber: TikTok @didi_angel_astillah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.