Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Bella Astillah Ke Mahkamah Demi Syed Saddiq

Aimi Amira Nordin
19 Mar 2025, 03:10 PM

bella astillah ke mahkamah demi syed saddiq

Foto: Tiktok

Kehadiran penyanyi dan pelakon Bella Astillah di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada pagi Rabu mencuri perhatian ramai.

Dia dikatakan datang untuk memberi sokongan dan mengikuti pendengaran rayuan membabitkan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Menerusi sebuah kiriman video yang tular di Tiktok, Bella kelihatan berbaju kurung di pekarangan mahkamah bersama adiknya, Didie Astillah dan beberapa individu lain.

Para netizen menyokong di ruangan komen dan menyatakan mereka terharu melihat sokongan yang ditunjukkan oleh aktres berkenaan terhadap Ahli Parlimen itu.

“Terharunya sokongan Bella dan kawan-kawan. Semoga dipermudahkan segala urusan Syed Saddiq dan dibebaskan daripada hukuman.

“Semangat untuk Syed Saddiq, Bella datang beri sokongan.”

bella astillah ke mahkamah demi syed saddiq

Foto: Sinar Harian

Netizen turut menyimpulkan bahawa kehadiran Bella memberi sokongan bukan lagi salah satu daripada teknik pemasaran untuk projek baju raya Bella dan Syed Saddiq.

“Ini bukan lagi marketing. Ini juga bukan kebajikan. Ini adalah sekumpulan manusia berhati emas. Betapa bertuahnya mereka semua dapat bergabung,” kata netizen di ruangan komen.

bella astillah ke mahkamah demi syed saddiq

Foto: Instagram

Pada 9 November tahun lalu, Syed Saddiq, 33, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta selepas beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan penggubahan wang berkaitan dana Armada.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan Syed Saddiq menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan dilupuskan di Mahkamah Rayuan.

Sumber: TikTok

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us