
Mesti ramai yang kenal dengan Bengah ataupun lebih dikenali sebagai #AbangYangPenyayang dalam kalangan pengguna media sosial. Bengah merupakan seorang abang kepada remaja istimewa yang mengalami sindrom down iaitu Afiatul.
Baru-baru ini Bengah telah memuatnaik gambar Afiatul Salsabiila Mohd Noor, 19 yang berjubah biru dan berjalur keemasan pada hari Sabtu lalu ketika Majlis Graduasi Afiatul.
Tahun ini merupakan tahun terakhir buat Afiatul yang telah menduduki aliran pendidikan khas di sekolah selama tujuh tahun.
Bengah merupakan individu yang paling gembira di Hari Graduasi adik istimewanya itu.
“Jujurnya, saya sebagai abang dan antara yang paling rapat dengan Afiatul, rasa sebak bila melihat dia berdiri di pentas pada majlis graduasi.
“Sebak rasa gembira sebab dia dah sampai ke tahap ni, untuk tamat persekolahan. Saya bergurau dan bermanja dengan gelarkan dia sebagai ‘kakak tingkatan tujuh’ sebab umur dia sekarang dah 19 tahun," katanya.
“Ramai yang tanya selepas ini Afiatul akan bekerja ke, akan sambung belajar ke? Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tapi apa yang lebih penting hidup perlu diteruskan.
“Ada rezeki daripada Allah yang tertulis untuk dia. Cuma kita yang tak tahu. Tapi Bengah dan keluarga akan terus membimbing dia, insyaAllah,” kata Bengah yang merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik, manakala Afiatul anak bongsu.
Bengah juga menasihati kepada mereka yang di luar sana agar tidak berasa malu jika mempunyai ahli keluarga yang mengalami sindrom down serta terus berusaha meyakinkan mereka supaya hidup seperti biasa sebagaimana individu normal.
Sumber dari Siakap Keli dan mStar Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.