Bumi, merupakan planet yang mempunyai garis pusat sepanjang 12,756 kilometer dan luas permukaan 510 juta km persegi. Bumi mempunyai lapisan yang terdiri daripada luar bumi, teras dalam, teras luar dan kerak bumi.
Sehingga hari ini, manusia sering menggali tanah untuk pembangunan moden. Agaknya, berapa dalamkah manusia sudah menggali?
Ini adalah kedalaman bagi menanam mayat dalam kubur, iaitu 6 kaki dalam.
Kedalaman kolam renang Olimpik adalah 10 kaki dalam.
Buaya mempunyai keupayaan menggali sedalam 39 kaki dalam.
Lombong batu Paris Catacoombs di Perancis mempunyai kedalaman 65 kaki dalam.
Tamadun masyarakat Derinkuyu membina penempatan mereka sedalam 279 kaki dibawah kota Turki.
Bunker nuklear bawah tanah di W. Virginia iaitu The Greenbrier Nuclear terletak sedalam 718 kaki dibawah tanah.
Jika Burj Khalifa dibina kebawah tanah, ia mempunyai kedalaman sedalam 2,722 kaki bawah tanah.
Gua paling dalam bawah tanah terletak di Gua Krubera, Georgia iaitu sedalam 7208 kaki bawah tanah.
Lombong emas Mponeng di Afrika Selatan merupakan lombong emas paling dalam iaitu 13,000 kaki bawah tanah.
Kedalaman minyak yang digali manusia adalah 40,603 kaki bawah tanah oleh syarikat Exxon, menerusi projek Z-44 Chayvo Well.
Manusia perlukan lagi 60,000 kaki untuk sampai ke penghujung kerak bumi.
…dan 21 juta kaki untuk sampai ke teras dalam!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.