Penduduk sekitar terkejut apabila mengetahui sebuah kereta api barang dilaporkan bergerak lebih 70 kilometer dari wilayah Jammu dan Kashmir ke Hoshiarpur tanpa pemandu.

Malah, kereta api itu bergerak pada kelajuan lebih 100 kilometer sejam dari stesen kereta api Kathua sebelum berhenti berhampiran stesen kereta api Ucchi Bassi di bandar Mukerian.
Menurut pihak berkuasa tempatan, kejadian luar biasa itu terjadi kira-kira pukul 7.25 pagi (waktu tempatan) hingga 9 pagi (waktu tempatan).
Difahamkan, kereta api dengan 53 gerabak itu bergerak dan menuruni trek di kawasan cerun sebelum kelajuannya bertambah sepanjang perjalanan.
“Kereta api itu dihentikan selepas pegawai meletakkan bongkah kayu di landasan,” jelasnya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.