
Foto Hiasan
6 Jun 2025 / 9 Zulhijjah 1446H
Hari Arafah merupakan salah satu hari paling mulia dalam kalendar Islam. Ia adalah hari di mana para jemaah haji berkumpul di Padang Arafah, dan bagi umat Islam yang tidak menunaikan haji, ia adalah peluang istimewa untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui ibadah puasa.
Daripada Abi Qatadah RA, Rasulullah SAW bersabda;
"Puasa pada hari Arafah akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan yang akan datang.
(Riwayat Muslim, 1977)
Bayangkan dengan hanya satu hari berpuasa, dosa-dosa kecil kita untuk dua tahun (setahun lalu dan setahun akan datang) dapat diampunkan. Ini adalah bentuk rahmat yang luar biasa dari Allah SWT.
Hari Arafah bukan sahaja signifikan kerana peristiwa wukuf di Arafah, malah ia juga merupakan hari di mana doa sangat mustajab, dan ganjaran amal ibadah digandakan.

Foto: JAWI Official
Tips Menyambut Hari Arafah
-Niat pada waktu malam sebelumnya untuk memastikan sah puasa.
-Luangkan masa untuk berdoa, membaca al-Quran dan berzikir.
-Berdoalah sebanyak mungkin, kerana doa di hari Arafah amat mustajab.
-Sebarkan ilmu ini, agar lebih ramai dapat merebut kelebihannya.
Hari Arafah hanya datang setahun sekali, maka jangan lepaskan peluang ini untuk menuai pahala berganda dan mendapatkan pengampunan dosa. Jadikan 9 Zulhijjah sebagai hari istimewa dalam hidup anda.
Sumber: JAWI Official
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.