Selain daripada satu tuntutan ibadah, tentu ada alasan mengapa umat Islam diwajibkan berpuasa.
Dipetik daripada potral Health Review, seorang profesor dari School of Medicine and Laboratory of Neuroscience di National Institute on Aging, Mark Mattson, dengan berpuasa, seseorang itu boleh mengurangkan penyakit melibatkan otak, seperti Alzheimer dan juga Parkinsons. Malah dalam masa sama, berpuasa boleh meningkatkan daya ingatan seseorang.
Menurut Mattson, berpuasa menyebabkan otak menjadi lebih aktif, memberikan cabaran kepadanya. Selain baik untuk otak, menghadkan pengambilan kalori juga baik untuk proses detoksifikasi badan, selain juga baik untuk membaiki sel-sel badan yang telah rosak.
Lihat video ini untuk penjelasan lebih lanjut: