Wah macam-macam rutin kecantikkan yang ada sekarang ni. Kalau klik kat YouTube ataupun akaun media sosial artis mesti akan ada rutin penjagaan kulit muka ataupun everyday makeup tutorial. Gituuuuuu! Tapi nak tanya la kan, bila kali terakhir anda mencuci berus make up ?
Sewajarnya rutin mencuci berus harus lebih dititikberatkan, apatah lagi kalau anda jenis yang bersolek setiap hari.
Justeru, kali ini kita akan kongsikan tips ringkas penjagaan berus solekan.
- Simpan dengan rapi set berus dalam beg khas yang mempunyai poket mengikut saiz setiap berus.
- Cuci berus anda menggunakan syampu yang sesuai. Terdapat pelbagai syampu di pasaran khususnya untuk berus solekan. Cuci lah berus anda sebulan sekali atau sebulan dua kali, bergantung kepada kekerapan anda menggunakan berus solekan.
- Keringkan set berus anda di atas tuala yang kering dan bersih. Dan simpan di tempat yang tidak merangkap habuk.
Sumber: Web
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.