
Komplikasi tekanan darah tinggi merupakan masalah yang sering mmebelenggu masyarakat Malaysia. Tidak dinafikan, terdapat beberapa mitos kesihatan yang berlegar didalam komuniti kita. Kita perlulah berhati-hati supaya tidak tersilap dalam membuat keputusan bagi menjaga kesihatan diri sendiri.
Berikut adalah MITOS tentang pengurusan tekanan darah tinggi:
- Anda tidak perlu bersenam sekiranya mengalami tekanan darah tinggi
Aktiviti fizikal secara sederhana bukan sahaja mengurangkan tekanan darah, tetapi juga menguatkan jantung, mengurangkan stres, dan mengawal berat badan. Rujuk dengan doktor anda tentang senaman yang sesuai dilakukan. Berjalan pantas selama setengah jam, 5 hari seminggu adalah rutin yang disarankan.
- Anda dapat tekanan darah tinggi daripada stres.
Walaupun betul, ketika kita stress, tekanan darah kita akan naik seketika, ia tidak menyumbang sepenuhnya kepada tekanan darah tinggi jangka panjang. Merokok, alkohol, obesiti dan tidak aktif secara fizikal merupakan faktor utama tekanan darah tinggi. Sekiranya anda mempunyai talian darah yang mengalami tekanan darah tinggi, risiko anda juga lebih besar.
- Anda boleh merasakan darah anda ‘naik’
Anda boleh menghidap darah tinggi untuk tempoh yang lama dan tidak mengetahuinya. Pemeriksaaan yang konsisten adalah penting bagi mengesan tekanan darah tinggi pada peringkat yang lebih awal.
- Didalam pemeriksaan darah, bacaan nombor yang dibawah lebih penting
Kedua-dua bacaan, atas dan bawah memberi maksud yang tersendiri. Tekanan darah yang normal adalah 120/80. Kombinasi kedua-duanya menjadi pengukur kesihatan tekanan darah anda.
- Sekiranya anda mempunyai tekanan darah yang tinggi, anda wajib untuk mengambil ubatan.
Perubahan gaya hidup adalah langkah utama yang perlu diambil bagi mengubati tekanan darah tinggi. Pemakanan yang sihat, senaman yang konsisten, berhanti merokok dan pengurangan berat badan merupakan antara lagkah yang ideal.
- Kurangkan penggunaan garam dalam masakan adalah langkah yang paling baik bagi mengurangkan tekanan darah anda
Walaupun mengurangkan penggunaan garam dalam masakan merupakan langkah yang elok, pada kebiasaannya pengambilan garam yang paling banyak adalah dalam anda tidak sedar.
Makanan yang diproses seperti sosej, makanan ringan dan fastfood mempunyai kandungan garam atau sodium yang tinggi. Sekiranya anda mempunyai tekanan darah yang agak tinggi, Persatuan Jantung Amerika Syarikat menyarankan pengambilan garam yang maksimum adalah 2,300 mg sehari, dan 1,500 mg untuk kadar yang ideal.
Sumber: WebMD
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.