Ketika hamil, seorang ibu itu perlu berada pada tahap kesihatan yang terbaik. Pemakanan yang seimbang adalah paling penting. Si ibu bukan sahaja mendapatkan nutriens untuk dirinya sahaja, malah untuk perkembangan kandungannya.

Pengambilan makanan tambahan juga merupakan suatu langkah yang baik bagi memastikan kesihatan diri dan bayi terjaga. Berikut disenaraikan beberapa kumpulan makanan yang elok dimakan oleh ibu yang sedang hamil.

- Produk tenusu
Dengan pertumbuhan bayi di dala kandungan, para ibu perlu mendapatkan kalsium dan protein yang mencukupi. Produk tenusu seperti susu, yougurt dan keju sangat efektif dalam menambahkan zat-zat berikut.
- Kekacang
Produk kekacang mengandungi zat-zat yang sangat berguna kepada bayi di dalam kandungan, seperti kalsium, folat (B9), zat besi dan juga protein. Secara khususnya, folat (B9) adalah sangat penting ketika trimester pertama. Ia mengurangkan risiko bayi di dalam kandunagn untuk mendapatkan koplikasi otank dan tulang belakang. Kebanyakan waniota yang hamil kekurangan vitamin ini, jadi para ibu bolehlah berusaha untuk makan lebih banyak kekacang.

- Keledek
Keledek adalah sumber beta-kerotin yang sangat bagus. Ia merupakan bahan yang badan manusia tukarkan menjadi vitamin A. ia sangat enting dalam menjana tumbesaran sel-sel bayi. Para ibu sepatutnya menaikkan pengambilan vitamin A sekurang-kurangnya 10% ketika hamil. Wlaubagaimanapu, cuba kurangkan pengambilan vitamin a yang berasaskan haiwan.
- Ikan salmon
Omega-3 dan asid lemak yang bagus terkandung dalam daging ikan salmon. Zat ini bagus untuk perkembangan mata dan otak bayi. Anda juga boleh mendapatkan vitamin D daripadanya. Tetapi, hadkan pengambilan ikan salmon kepada 2 kali seminggu untuk mengurangkan risiko pengambilan merkuri dan bahan lain yang mungkin boleh membahayakan kandungan.
Berikut adalah antara makanan tambahan yang boleh diamalkan oleh ibu mengandung untuk memastikan pertumbuhan dan tumbesaran bayi di dalam kandungan berjalan dengan elok.
Sumber: StethNews
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.